Spice of My Life

Followers !

Halaman

31/12/2012

2012 , Membuatkan ku lebih MATANG ::*




Assalamualaikum ,

Hai semua , sihat ? kalau sihat , alhamdulilah , kalau kurang sihat , tak apa , makan ubat dan rehat secukupnya ok ,



Sedia maklum bahawa hari hari terakhir pada tahun 2012 , kita akan menyambut tahun baru pada keesokan harinya , cepat rasanya masa berlalu , umur makin meningkat , hehe , tanggungjawab pun semakin besar . Walauapapun , tanggungjawab itu harus dipikul dengan baik dan ikhlas .


Ok , bagi kimi , tahun ni banyak mengajar kimi untuk menghargai segala benda , masa, wang , kawan , cinta , keluarga , peluang dan menghargai segalanya . Jujur kimi katakan tahun ni fikiran kimi "terbuka" , bukan maksudnya open minded , tapi lebih matang dalam memikirkan segala hal .

Kalau tahun lepas yang masih di T5  , kimi masih kebudak-budakan , atau masih hingusan dalam segala hal , tapi apabila menjejakkan kaki di T6 , fikiran kimi jadi kearah lebih kehadapan dan lebih matang.

Mungkin disebabkan faktor persekitaran dan matapelajaran lebih ke aras tinggi , menyebabkan kimi lebih berberfikir tentang banyak hal . Persekitaran yang membuatkan kita bergaul dengan ramai umat manusia dan mengenali tingkah laku dan sikap manusia yang ternyata berbeza dengan kita sendiri .



Blog kimi pula , sudah berumur 1 tahun 2 minggu 1 hari , hehe , tak perasan pula blog sudah 1 tahun lebih , terlupa nak buat 1 entry ulangtahun blog , tapi tak apalah , nak buat macam mana kan , perkara dah lepas .

Kalau dari segi penulisan pula , kimi lebih ke arah untuk tidak menggunakan bahasa sms , kimi menulis bahasa melayu penuh , kimi tak nak dilabel "perosak bahasa" , bahasa menunjukkan bangsa , kalau bahasa kita sendiri pun teruk , mencerminkan bangsa pun teruk , jadi kimi berenti dan berubah untuk menulis bahasa yang mudah difahami , idak menggunakan singakatan dan melindungi bahasa melayu dari terus dicabuli .


Azam baru ? haha , sebenarnya kalau kimi berazam , susah untuk tercapai , jadi untuk tahun ni , kimi cuba berazam untuk menghadapi peperiksaan STPM Penggal 2 dan 3 dengan baik dan cemerlang . Lepas tu nak sambung ijazah pula , insyaallah kalau ada rezeki :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan