Followers !

Selasa, 23 Mei 2017

Kek Batik paling mudah !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Kali ni KK nak kongsikan resipi paling mudah dan paling senang, lama dah tak buat kek batik ni, dah cuba banyak resipi dan banyak juga KK ubah, tapi yang ni resipi kek batik paling mudah !


Hanya guna empat bahan saja, tak perlu banyak-banyak pun, lagipun bahan senang didapati, kat mana-mana boleh dapat, jadi lepas ni bukan alasan tak pandai buat dah


Kalau nak kira kos buat kek batik senang ni pun tak lebih dari RM 15 saja, kalau barang dah ada lagilah jimat, KK beli semua sebab nak kira kos, jadi senang boleh kongsi

Harga yang KK beli ni banyak yang promosi, nak dekat-dekat puasa ni biasalah banyak jualan murah, jadi harga murah sikit dari biasa, jadi jangan pelik kalau lepas ni beli harga mahal sikit


Harga bahan:-

Biskut Marie : RM 2.99
Susu pekat : RM 2.20
Milo : RM 4.80
Mentega : RM 2.90

Bahan-bahan:-

1 paket biskut marie (300 gram)
1 tin susu pekat
1 cawan milo
1 buku mentega (250 gram)


1) Cairkan satu buku mentega tu, kalau nak guna planta ke, buttercup ker, tak ada masalah, satu buku tu dalam 250gram


2) Bila mentega dah cair, masukkan satu cawan milo dan gaul sampai sebati


3) Lepas milo dah sebati, masukkan susu pekat, KK guna hampir satu tin, sebab nak sampai adunan tu pekat


4) Lepas dah agak pekat adunan tadi, masukkan biskut marie yang telah dipatahkan, gaul sebati sampai serata dan memenuhi biskut tu


5) Lepas dah gaul rata, tutupkan api dan letakkan adunan dalam bekas



6) Mampatkan adunan, disebabkan panas, nak tekan pakai tangan kan melecur, haha, jadi ambik plastik dan letakkan gelas dalam tu, dan tekan adunan bagi mampat dan serata, barulah akan serata dan kemas

Begitulah cara-caranya nak buat kek batik paling mudah dan paling senang di alam semesta, hahaha, lepas ni boleh buat dan buktikan yang anda semua boleh buat kek batik kepada semua orang !! hahaha

Segala pertanyaan, komen dan kritikan boleh diutarakan di ruangan komen dibawah, insyaAllah nanti KK akan jawab satu persatu, selamat mencuba semua !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan