Followers !

Rabu, 24 Mei 2017

Travel Organizer Storage Bag


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Kalau sebut pasal berjalan dan makan angin, sesiapa pun pasti teruja kan, tak kisah lah dekat atau jauh, dalam atau luar negara pasti teruja dan tak sabar


Begitu juga KK, jenis tak sabar, haha, tapi perancangan rapi tu sangat perlu, kalau tak nanti susah, tinggal barang lah, tak cukup lah, macam-macam boleh terjadi



Lagi-lagi kalau nak susun barang kan, dalam beg luggage tu biasanya KK akan letak saja, lipat lah gulung lah, tapi KK terpanggil untuk beli travel organizer ni

KK beli di Shopee, harga berpatutan, tapi kena tunggu dalam masa 2 minggu sebab dari luar negara, harganya hanya RM 11.50, dapat 6 jenis bag berbeza saiz dan bentuk

Lepas ni tak ada masalah nak susun baju dalam luggage, tak adalah bersepah, boleh susun ikut jenis, baju kecil, baju besar kan, lagi nampak kemas nak cari pun senang

Lagi satu nak buatnya luggage pecah ke rosak, tak adalah berselerak baju kita, kan malu pula orang tengok baju kecil kita, seluar kecil kita tu, haha, malu tau malu


Tiada ulasan:

Catat Ulasan