Spice of My Life

Followers !

Halaman

Jumaat, 31 Mei 2013

Ambang reunion !



Assalamualaikum,

Harini hari yang agak sibuk, lepas dari solat jumaat tadi, kimi terus gerak ke bandar untuk membeli barang untuk persiapan reunion esok..

Jadi, misi pertama untuk tempah button badge, lepas kes sesat, haha, kimi suruh bawani tunjuk, baru kimi tahu, jadi harini terus ke tempat berkenaan.

Kimi sampai, terus diajak duduk, dan kimi bagi design, akak tu tengok dulu dan baru kimi terangkan, dia pun sketch kat komputer, kimi tunggu dalam 30minit macam tu, dia tunjuk.

Kimi pun tengok, ok! puas hati ! terus proceed dan kimi tinggalkan untuk akak tu jalankan misi untuk buat button badge tu.

Mula2 hanie ajak pergi makan dulu, lepas makan dan pergi KR1M untuk beli barang buat kek pelangi dan kek batik.

Sebelum balik, kimi pergi ambiL button badge dulu, siap terus sebab kimi tempah sikit, tak sangka cantik sangat, kimi suka ! nak tengok ? esok ye kimi tunjuk .hehe

Malam pula kimi buat kek batik dan kek pelangi, kek batik dah siap, kek pelangi dah siap bakar, esok nak lapiskan dengan krim, harap2 menjadi la

Kimi tak sabar nak tunggu hari esok, tapi banyak lagi kerja yang tak siap, ayam tak beli lagi, barang2 lain banyak tak siap.

#esok kena bangun awal ! wish me luck :)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan