Spice of My Life

Followers !

Halaman

Sabtu, 15 Jun 2013

Dugaan demi dugaan menimpaku :(


Assalamualaikum,

Ya Allah, aku hanya mampu bersabar dengan dugaanmu !

KES 1

Kimi nak cerita dugaan yang kimi hadapai 3,4 hari ni,hari rabu yang lepas, kimi nak pergi sekolah naik motor, pagi tu memang rasa lambat semacam, sebab hari rabu, pakai baju unit uniform, siap punya siap dah nak gerak.

Farah pun sampai kat luar, kimi pun cari helmet, tak jumpa, satu rumah cari, pening la, lepas tu tanya rumah jiran, nasib ada, rupanya anak dia pinjam semalam, kimi lupa.

Jam dah tunjuk 7.10 pagi, masih tak gerak lagi, start motor, dan jalan, sebab harini ada perhimpunan, kalau lambat kena tulis nama dan sah-sah berdiri depan perhimpunan, *malu !

Tengah drive, tak sampai 500meter dari rumah, tiba2 motor bergegar, kimi panggil "gewang", motor macam hilang kawalan, kimi berhenti, dan tengok tayar belakang bocor!

Astarafigrullahalazim! pagi ni pula motor ni nak buat hal, jam masa tu dah pukul 7.15, alamak, sah2 lewat ni, huwaaa, tolak motor sampai rumah.

Masa tolak motor tu, bertembung dengan jiran depan rumah, dia pelawa nak hantar pergi sekolah, lepas hantar, sampai di sekolah, nasib perhimpunan mula lewat, selamat !


KES 2

Lepas insiden tayar bocor, minta tolong adik pergi tukar tiub baru, sebab hari rabu, kimi balik lewat sebab ada latihan rumah sukan, jadi adik tolong tukarkan.

Hari khamis baru adik tukar, jadi hari khamis tu kimi pergi sekolah dengan ayah farah, balik dengan mak kimi, tayar sudah ditukar, hari jumaat bolehlah pergi sekolah naik motor *kononnya

Pagi masa nak pergi sekolah, kimi pergi seorang, sebab farah demam, jadi naik motor jalan sampai 700 meter macam tu, tiba2 "gewang" sekali lagi, kenapa pula motor ni.

Check punya check, bocor pula, astarafigrullahalazim ! bocor lagi, kimi pun tolak motor sampai rumah, helmet tak tanggal, sebab malu, hahaha.

Jadi, tak ke sekolah lah kimi, ya allah, sabarnya dengan dugaanmu!


KONKLUSINYA !

Kimi suruh adik kimi tanya balik tuan kedai yang dia pergi tukar tiub tu apa sudah jadi, adik kimi pergilah harini, hari khamis lepas dia bawa tayar saja, harini dengan motor2 sekali dia bawa.

Bila dia balik, tuan kedai tu cakap kat dia bahawa lidi ring besi pada tayar motor kimi tu tercabut paku, dan tercucuk pada tiub motor, patutlah bocor !


Tuan kedai tu dah pasag balik skru pada lidi tu dan tayar motor kembali normal, alhamdulilah ya Allah !

Thanks kepada adik kimi kerana banyak tolong kimi :)




6 ulasan:

  1. urmm...bersabar lah yer

    ada hikmahnya tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmm, terima kasih,

      insyaallah ada hikmah :)

      Padam
  2. Sabarlah...... Setakat ini tak berlaku lagi apa2 yang tak diingini kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulilah, rasanya tak ada lagi :)

      Padam
  3. sabar lah kimi. pasti ada hikmah dari kejadian itu. okay? semakin kita dewasa, semakin banyak masalah dan dugaan yang kita akan tempuh. get ready for that.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih alysha :)

      betul kata alysha, semakin kita besar, makin besarlah dugaan Allah nak bagi

      Padam