Spice of My Life

Followers !

Halaman

Ahad, 2 Jun 2013

Reunion SPM 2011 : Soul of Friendship !



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Semalam adalah hari berlangsungnya satu majlis yang cukup meriah bagi diri kimi, kimi sangat bersyukur kerana reunion semalam berjalan dengan lancar dan jayanya.

Semalam merupakan hari yang sibuk dari pagi sampai ke malam, kimi terpaksa bangun awal sebab nak menyiapkan persiapan yang lagi 60% berbaki.

Bangun pagi dalam pukul 10, ajak kakak pergi beli ayam, dan bahan2 lain, sampai rumah siapkan nak perap ayam dan lain2, arif pun datang tolong potong bahan2 nak masak mee goreng.

Syila dan hanie datang, sama2 tolong, hanie buat vanilla flan, omg !sedap nampak walau masih tak siap lagi, hehe.

Waktu semakin berlalu,detik menanti detik, tibalah waktu malam menjelma, nampaknya event dah nak mula, mula dengan angkut barang dan minta tolong adik hidupkan bara api untuk bakar ayam.



Walau event mula agak lewat, hehe, semua datang disambut dengan baik, datang2 kimi suruh lengkapkan guest book dan kimi bagi button badge.

Semua gembira dapat button dan cakap button tu comel sangat, sebab ada gambar spongebob dan patrick, hehe, kimi pun gembira :) yang tu semua arif design



Dengan bertemakan "Soul of Friendship" kimi ingin reunion ini mengeratkan lagi hubungan kami semua sebagai seorang sahabat dan terus berhubung walau di mana jua.

Jadi bermula sesi membakar ayam, makan2 dan bertukar cerita

Random Snap !










Kami semua sungguh gembira, bergelak ketawa dan bertukar cerita, walaupun hanya 12 orang yang datang, kimi tetap bersyukur dan berterima kasih kepada semua di atas kesudian kalian untuk hadir memeriahkan reunion yang tidak seberapa ini :)



# Event kimi berjaya !




Tiada ulasan:

Catat Ulasan