Followers !

Selasa, 25 Jun 2013

Kempen Peneguhan Dasar Bahasa Kebangsaan !


Assalamualaikum,

Hari ini kimi bersama pelajar Bahasa Melayu tingkatan enam bawah dan atas telah pergi ke Kempen Peneguhan Dasar Bahasa Kebangsaan Dalam Sektor Pendidikan oleh Profesor Dr. Teo Kok Seong di SMK Paya Besar.



Kami semua bergerak dari sekolah jam 7:40 dan sampai lebih kurang jam 8:00 pagi, setelah sampai, pelajar diminta mendaftarkan diri dan mengambil tempat masing-masing.

Tunggu punya tunggu, sampai la tetamu yang kehormat, iaitu, Profesor Dr. Teo Kok Seong, iaitu pensyarah bidang linguistik di UKM, huhu, beliau memiliki 4 Ijazah dalam bidang Bahasa dan 1 PHD, sebab tu dapat pangkat Dr tu. harharhar


Beliau memberi kempen agak lama dan ditambah pula dengan soalan-soalan yang diberikan oleh para pelajar agak mencabar dan ada juga mengusulkan cadangan.

Kimi suka kerana, Prof berasal dari Terengganu, jadi penggunaan Bahasa Melayu itu sendiri tidak pelat dan tidak memperlihatkan bahawa beliau itu seorang yang berbangsa Cina, salute prof !

Majlis berakhir dalam jam 11:50 dan semua pelajar dijemput ke kantin untuk menikmati jamuan, akhirnya dapat makan, sebab perut dah berbunyi dari tadi, haha.

athirah, tasya, fanny, marni

tasya, cikgu nani, athirah, fanny

Akak-akak dan abang-abang U6A2

Adik-adik L6A2

Lepas makan, cikgu telefon pakcik bas sekolah, lepas tu kita orang naik bas dan balik semula ke sekolah, sampai kat sekolah, lepak kat library dan tidur sampai 2:30, hahaha.


Ok, itu sahaja perkongsian, keseluruhan, kempen itu menarik dan kimi tak tidur ! haha, walaupun ramai dah tidur dan memang cuaca agak panas ditambah dengan jerebu, sabar jelah.

*balik rumah terus demam ! huwaaa


Tiada ulasan:

Catat Ulasan