Followers !

Jumaat, 12 Jun 2015

Bersantai di Mini Zoo, Taman Teruntum


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Di hari cuti, kalau duduk saja dirumah, agak kebosanan, apa salahnya pergi jalan-jalan sikit, tenangkan minda kan, rehatkan diri


Apa kata ke zoo, bila sebut zoo ni, mesti fikir budak-budak sekolah, zaman-zaman sekolah saja bila sebut zoo, seronok sangat, lagi-lagi pergi dengan kawan sekolah




Kiranya 7 tahun KK dah tak jejak kaki di zoo Taman Teruntum ni, kali terakhir pada tahun 2008, masa itu KK di tingkatan 2, sekolah SMK Tok Sera, kenangan dah

Bila dah tua, baru nak jejak semula, haha, berteman adik-adik praktikal, mereka baru saja habis praktikal di tempat kerja KK, masing-masing tunggu final




Jalan-jalan tengok haiwan, sekarang memang dah banyak berubah, lain sangat dari 7 tahun yang dulu, banyak perkara baru dan haiwan baru, huhu

Bila dah dompet tinggal "kertas resit" ni, tempat macam ni lah sesuai sangat nak melawat, haha, tak perlukan sebarang duit, masuk pun percuma, haha

Ramai KK tengok masyarakat bawa keluarga, anak-anak beriadah disini, terpancar keterujaan di wajah kanak-kanak yang mungkin pertama kali melihat aksi comel haiwan disini


Jangan cakap budak-budak, KK sendiri pun suka tengok, gelagat haiwan, makin kita lihat, makin ligat dan cergas mereka beraksi, hehe

Walau apapun, hiasi hari cutimu dengan perkara yang berfaedah dan sentiasa melawat zoo yang berdekatan, sebab haiwan kat sana perlukan teman, haha




Tiada ulasan:

Catat Ulasan