Followers !

Isnin, 8 Jun 2015

Cuti !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Sekarang bila kerja seorang diri, ekoran daripada Kamal ditukarkan ke cawangan lain, KK seorang dirilah di tempat pizza


Penatnya, semua benda kita buat seorang, tak terkejar kadang-kadang, nak buat pizza, nak layan pelanggan lagi, memang kelam kabut kadang-kadang

Bila nampak cuti, bersinar-sinar mata, tak sabar nak cuti, nak rehatkan diri sekejap, biarpun tahu masa berjalan pantas

Esok masih tidak tahu hala tuju, tetapi petang memang nak ke klinik, KK kena ambil ubat typoid, kira urusan kerja, dan terus balik

Sekarang memang musim demam, KK ni sekejap baik, sekejap badan panas, memang jenis badan tak kuat, kerja lebih sikit, esok demam datang menyapa

Apapun, selamat bercuti dan selamat bercuti persekolahan !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan