Followers !

Ahad, 7 Jun 2015

Walimatul Urus Nabila & Rosley


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sah diijabkabul semalam, alhamdulillah, hari ini majlis bersanding pula, kedua mempelai tampak cantik bagai pinang dibelah dua


Kawan KK ni dah jadi isteri orang, yang lain tunggu giliran masing-masing semua, haha, entah siapa yang dulu menjadi tanda tanya dan terus berteka-teki


Bertempat di Dewan Wisma Belia, Kuantan, dengan berlauk ayam percik, gulai daging, acar dan buah tembikai, lauk memang sedap, KK ambik banyak tadi sebab lapar

KK jadi pengawal harini, ramai sangat dayang, jadi kena jadi pengawal, haha, sebab sesat seorang lelaki, sebab tu lah KK jadi tukang pegang telefon, beg tangan, dan lain-lain lagi, haha

 

Majlis bermula awal, tapi pengantin sedikit lewat, biasalah, itu perkara biasa, dan kadangkala di luar jangkaan, tapi semua gadis dulang bersedia awal !

Kepada sahabat KK, Puan Ain Nabila, selamat pengantin baru saya ucapkan, semoga menjadi isteri yang baik, ibu yang penyayang, serta selalu dimurahkan rezeki


Tiada ulasan:

Catat Ulasan