Spice of My Life

Followers !

Halaman

Selasa, 16 Jun 2015

Rumah konsep tadika?



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Tak pasal-pasal 3 warna ada dalam rumah ni, semangat raya sangat mak KK ni, macam tadika kan? haha, kemain lagi semangat mengecat 2-3 hari ni


Bertemakan warna ungu, merah dan kuning, ala-ala warna lampu isyarat, haha, 1 warna sejuk dan 2 lagi panas, memang terbaik dan unik

Dan semua mak dan ayah KK yang cat, KK sibuk kerja, balik saja tengok dah siap, sebab nanti puasa sibuk nak puasa, pasang langsir dan siap!

Lagi 2 hari lagi nak puasa, tak sabar KK, tahun ni nak puasa baik-baik, kurangkan segala amalan yang tak berfaedah, banyakkan ibadah


Rumah dah macam tadika, seronok tengok gabungan warna, meriah kan raya tahun ni, haha, langsir KK tak pasti lagi warna apa, kita tunggu dan lihat

Tak mampu nak upah Rizalman buat deco, haha, kreativiti sendiri saja, asal cantik di mata keluarga, pasti cantik di mata KK juga

Baju Melayu KK pun tak beli lagi, tunggu gaji kita pergi cari, yang biasa-biasa saja, persiapan lain masih dalam perancangan



Tiada ulasan:

Catat Ulasan