Spice of My Life

Followers !

Halaman

02/03/2013

Menebus BB1M di Mydin !




Assalamualaikum ,

Petang tadi kimi bersama meera pergi ke Mydin untuk tebus BB1M , jangan terkejut , dekat Mydin pun terima BB1M , jadi petang tadi melayang lagi RM 50 .

Kalau ikutkan niat dihati , nak simpan BB1M yang berbaki lagi RM 200 ni , tapi selepas kimi tengok kelengkapan sekolah yang kekurangan , ditambah pula kes kejadian yang lepas iaitu tut tut tut , jadi kimi pun mengambil keputusan untuk tebus lagi RM 50 .





Jadi gerak dari rumah jam 5:00 petang , sampai Mydin dalam pukul 5:30 macam tu , orang kat Mydin jangan cakap la , PENUH ! , tingkat bawah tak ramai , cuma di kaunter pembayaran beratur panjang , jadi bahagian alat tulis di bahagian atas , sesampai di atas.

pengasah pensel bentuk air kotak ! comel :)


Punyalah ramai orang , majoriti pelajar la , nampak muda-muda belaka , jadi misi diteruskan untuk menghabiskan lagi RM 50 , sebenarnya nak beli test pad saja , tapi cash tak ada , jadi alang2 baucer dihabiskan , macam2 la kimi ambil , sebab masa kes tut tut tut lepas , kimi memang zero ! kosong kat tangan .


masa nak kira-kira jumlah


Lepas puas pilih2 , ambil , check harga lagi , hehe , barulah pergi bayar , untuk BB1M , Mydin ada sediakan 1 kaunter khas untuk BB1M , jadi senang la , tak bercampur dengan kaunter yang bayar cash .

Masa tengah nak bayar tu , ternampak lah satu jam dinding ni , comel sangat , kimi pun suruh meera ambil gambar , jam gambar kartun , geram tengok !

comel kan ? gambar skuter 


Macam2 gambar lagi kalau ditengokkan , semua comel2 , harganya cuma RM 9.90 , kalau kimi ada cash , dah rembat satu , letak dalam bilik , haha , macam budak2 kimi .

Jadi semasa kira dan kira di cashier , ada lagi berbaki RM 0.10 , jadi kimi cuma belanja RM 49.90 , haha , cantik harga , hehe , meera pula PERFECT ! RM 50.00 . jadi yang kimi kira halal .

comelkan beg tu ? pink colour , hehe

Lepas dah tebus baucer , masa berjalan nak keluar tu , nampak pula beg macam gambar di atas , cantik pula , haha , kimi pun ambil satu , pergi bayar , nasib masa tu orang tak ramai , kimi suka beg2 macam ni , kalau dekat dalam bilik kimi , bersepah beg macam tu , kimi memang suka . harganya RM 1.20 saja , beg untuk kitar semula . meera pun ambil satu , tapi warna merah , dia nak pink macam kimi , tapi kimi tak bagi , nanti sama , haha , jahat kimi :)

Bila keluar , rasa macam dah gelap , meera cakap memanglah sebab dah pukul 7 , kimi terkejut , memang tak sangka sudah malam , sedar tak sedar dalam Mydin , seronok sangat dalam Mydin , haha .

hasil rembatan , haha


Jadi sampai rumah jam 7:30 , ok , itu sahaja post untuk hari ini , bye :)




4 ulasan:

  1. tak da limit ea boleh abiskan terus utk alat tulis shj di Mydin?

    BalasPadam
  2. tumpang tanya. boleh beli barang lain selain drpd buku tak, kalau guna bb1m kat mydin tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk tebus , boleh tebus buku dan alat tulis , tetapi sekarang ni
      dari hasil pengalaman kawan saya, mydin membuat satu syarat untuk tebus
      RM40 untuk buku dan rm10 untuk alat tulis , syarat baru (40%buku 10%alat tulis)
      mydin buat cara sama macam POPULAR
      masa saya beli dulu tak ada pun, sekarang dah ada .
      jadi cerewet la sikit .

      Padam