Spice of My Life

Followers !

Halaman

07/06/2013

GiveAway Contest Gila Buasir Otak: 110 Juta Kenangan !



Assalamualaikum,

Kimi nak join GA Buasir Otak ! haha, GA yang agak menarik kerana soalan yang diberikan sungguh mencakar minda dan hadiah yang tentunya awesome ! haha

Nak join? Klik banner atau SINI .

Jom kita jawab soalan, ada 3 soalan diberikan untuk dijawab !


A. Pada usia berapakah yang anda paling suka sepanjang kehidupan anda? 

Jawapan untuk Soalan 1

Usia yang paling kimi suka dan paling rindu adalah zaman kanak2, gila apa tak suka zaman kanak2, bagi kimi zaman kanak2 dalam lingkungan umur 7-12 tahun macam tu, ataupun zaman sekolah rendah, masa tu la kita sibuk berkawan, masa tu la sibuk bergaduh, haha

Tapi kimi tak adalah sampai gaduh2, gurau2 manja ada, hehe, jadi bagi kimi zaman kanak2 adalah zaman inilah yang paling dirindui oleh semua manusia di muka bumi ini.


B. Apakah kenangan zaman silam (manis atau pahit) yang anda paling ingat sampai sekarang?

Jawapan untuk Soalan 2

Kimi nak cerita kenangan pahit la, mungkin sampai mati pun kimi akan ingat peristiwa hitam yang berlaku dalam hidup kimi, masa tu darjah 2, kimi lemas di laut, rumah kimi memang dekat dengan pantai, jadi hari kejadian, memang kimi nak sangat mandi laut, padahal masa itu air sangat pasang dan bergelora.

Jadi budak2 kan, orang tua marah, tetap berdegil, jadi kimi pergi juga, masa tu memang ramai kawan2 yang turut mandi sekali, tapi nak buat macam mana, takdir dah menentukan, kimi lemas, dan semasa lemas ada org selamatkan, pakcik yang ada kat pantai tu, masa kimi sedar, ramai orang berkerumun kat kimi.

Masa di hospital, kimi duduk di ICU, dan wad biasa 10hari, masa tu tekak rasa kering, sebab kimi dah bnayak telan air laut, jadi hari2 masuk air,the best part is, masa ICU, pakai pampers, haha, dan doktor suruh puasa, tapi kimi curi2 minum air, haha, air kotak laici lagi, haha, ko hade? haha.

Yang paling kimi rasa terkilan, keesokan hari yang patut kimi datang sekolah, tapi kimi lemas, masa tu cikgu nak umumkan pemenang bagi pertandingan bercerita, dan kimi MENANG tempat PERTAMA, bila cikgu tahu kimi lemas, cikgu bagi hadiah kat hospital, sweet sangat, masa pertandingan bercerita tu, kimi cerita tentang kisah bawang putih, bawang merah, tak sangka boleh menang.

Jadi, pengalaman lemas yang kimi memang tak boleh lupa masa kecil, dengan makanan hospital yang tak sedap, hari2 masuk air, seksa duduk hospital.hehe.

C. Kalau anda diberi pilihan untuk kembali ke zaman silam, ke zaman manakah yang anda mahu pergi dan apakah yang anda ingin perbetulkan atau ubah sekiranya ada?

Jawapan untuk Soalan 3

Kalau diberi pilihan ye, kimi tak nak balik ke zaman silam, sebab kalau tak ada nya peristiwa seperti lemas tu, tak akan jadi kimi sekarang, bagi kimi, pengalaman mematangkan kita.Segala yang lepas , biarkan ia menjadi sebuah sejarah yang akan menjadi suatu cerita yang menarik apabila akan datang.

Nanti bila dah ada cucu, boleh cerita pengalaman hidup kita kat cucu2 atau anak2, supaya menjadi pengajaran dan tauladan kepada mereka supaya segala peristiwa buruk yang berlaku kepada kita tidak akan diulangi oleh mereka kelak nanti :)



6 ulasan:

  1. Huhu . Isyah paling takot LEMAS >.<
    Singgah dari GA sama , Good Luck , Jom baca cerita Isyah pula .

    http://ceritahatikuu.blogspot.com/2013/06/giveaway-contest-gila-buasir-otak-110.html

    BalasPadam
  2. nice story
    amal follow sini
    jum join
    rm100x2pemenang
    http://sayacikamal.blogspot.com/2013/06/mini-giveaway-by-zakieazid.html

    BalasPadam
  3. done follow #

    dari segmen sama :)

    follow back ye ^_^

    http://www.kanvasdakwat.com/2013/06/giveaway-contest-gila-buasir-otak-110.html

    BalasPadam