Spice of My Life

Followers !

Halaman

01/11/2013

Majlis Restu Ilmu STPM 2013 !


Assalamualaikum,

STPM semakin hampir, bukan 3 bulan lagi, bulan bulan depan, tetapi minggu depan ! HAHA

Majlis restu ilmu diadakan untuk pelajar-pelajar supaya meminta maaf kepada guru-guru dan memohon keberkatan buat kali terakhir

Kepada guru pula, guru-guru harus mengikhlaskan dan menghalalkan segala ilmu yang dicurahkan kepada anak didik mereka.

Program : Majlis Restu Ilmu STPM 2013
Masa : 10:30 pagi
Tempat : Dewan Interaksi SABS


Ucapan Wakil Pelajar : Ching Xin Huey

Ucapan Wakil Guru : Puan Rosnahni dan Encik Mahadi

              
Ucapan Timbalan YDP PIBG (kiri) dan Pengetua (kanan)

Selepas selesai acara penyampaian cenderahati, upacara ikrar dan janji oleh wakil guru dan wakil pelajar disampaikan oleh Datin Anum Fawzia dan Ketua Kelas U6A3


Selepas selesai acara ikrar, acara penyampaian cenderahati pula disampaikan oleh Timbalan YDP PIBG yang diiringi tuan pengetua. Ketua Kelas akan mengambil cenderahati tersebut.

U6S1
U6S2
U6S3
U6S4
U6A1
U6A2
U6A3
U6A4
Selepas selesai acara penyampaian cenderahati, upacara bersalam-salaman dengan guru dimulakan, semua guru diminta beratur dan dimulakan dengan pelajar perempuan.


Selepas selesai upacara "linangan air mata" dan sesi ampun mengampuni, haha, maka kesemua pelajar diminta masuk ke kelas untuk mengambil slip peperiksaan yang akan digunakan pada peperiksaan di minggu hadapan !


Apabila dah nak final ni, lepas ni mesti susah nak jumpa balik, rindunya nanti kat kawan-kawan semua dan semua guru-guru di sekolah :)

#final dah minggu depan !
#kimi tak nangis pun, hati kering, haha


2 ulasan:

  1. Salam.Sebagai guru Penasihat MPPT6 , cik gu rasa kita byk bergaduh bila buat tugasan utk dinner Malam Graduasi tahun lepas..semua kena.marah dgn cik gu..tapi semua tu utk kebaikan sbb nk.kan u all belajar buat kerja perfect..jgn sembang he lebih tapi kerja tak siap.And Alhamdullilah all of you learned to be good organisers and good leaders.Lov you all.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam, kami semua tak ambil hati pun cikgu, kami tahu tu semua untuk kebaikan kami semua, dan alhamdulilah, majlis tu dapat berjalan dengan baik serta berjaya :)

      Terima kasih cikgu sebab dah banyak bantu dan bimbing kami :)

      Padam