Followers !

Ahad, 29 Jun 2014

1 Ramadan : Penat dan ketiduran !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Harini hari pertama Ramadan bagi tahun ni, dan pengalaman pertama kali KK bekerja sambil puasa.


Penat tu memang terasa, macam diri terhidrasi, rasanya masa sahur tadi dah minum banyak air masak, sebab KK tahu kerja kan, kena kuat.

Pagi tadi kat tempat kerja, boleh lagi, tapi nak dekat pukul 1 tu, dah rasa mengantuk dan terhanguk-hanguk dah, tengah buat roti, mata dah kelip-kelip

KK pun jalan-jalan sikit, buat-buat kerja lain, bergerak sana sini, ok sikit, sambung kerja dan buat sampai siap


Balik kerja, sampai rumah pukul 6, duduk sekejap depan tv, dah rasa mengantuk yang amat, tak boleh tahan sangat, tidurlah atas sofa tu dengan baju kerja,

Pukul 7 tu mak kejut, sebab berbuka dalam 7:21 p.m, KK bangun, mengantuk lagi sampai sekarang, lepas berbuka tadi baik sikit.

Malam ni memang tidur awal, mata mengantuk, badan rasa penat, esok kerja pagi macam biasa, hehe, KK kena kuat !!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan