Spice of My Life

Followers !

Halaman

Rabu, 18 Jun 2014

Aktiviti dikala kebosanan.


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Hari cuti begitu bermakna buat kita semua bagi yang bekerja mahupun adik-adik yang masih bersekolah.


KK pun sama, cuti inilah masa untuk bangun lambat, haha, biasa kerja pagi, tidur malam tak menentu, memang tak cukup tidur, jalan pun macam zombi.

Bila dah siap basuh dan jemur baju, tengok tv pun boleh mengantuk, cuaca sekarang tak menentu kan.

KK pun ambil Shiseido Black Masker dan tempek kat muka, habis dalam 2 pek untuk satu muka penuh, haha.


Nak tunggu kering tu, tidur sekejap, bila bangun dan rasa tegang muka, dah macam botox pun ada, hehe.

Macam hantu pula, lama dah tak pakai, kejap lagi nak cabut, mesti rasa segar lepas cabut masker ni, tapi perit itu tidak boleh dielakkan, haha


Tiada ulasan:

Catat Ulasan