Followers !

Isnin, 9 Jun 2014

Modem rosak : 9 hari tinggal blog :(


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Rasa macam tak lengkap hidup ni bila sehari tak buka fb kan? rasa resah gelisah, tak keruan dibuatnya.

Hidup kita sekarang, memang tak lari dari teknologi, benda ni dah memang sama "hidup" disekeliling kita tiap hari 24 jam tanpa henti.



Al-kisahnya, minggu lepas, hujan dan ribut petir segala bagai, KK lupa nak cabut wayar modem, esoknya dah lampu modem ada yang tak nyala.

Telefon TM dan buat aduan, dan pihak TM dah buka kes, harini baru pihak penyelengaraan sampai ke rumah KK.

Bila diperiksa wayar, telefon rumah, pautan semua baik dan selamat, jadi konklusinya, modem dikira rosak.

Baik, kali ni dah 2 modem KK kena panah petir, memang seronok kan ! nasiblah ada modem yang KK beli, dah beli lama tak pakai.

Jadi, KK minta tolong abang tu, setting modem tu, dan modem tu perlu dibawa balik ke pejabat.

Nasiblah sekejap saja, modem dah setting dan terus boleh guna, KK pergi ambil dan balik dengan hati gembira, huhu.

Rugi dah 9 hari, kalau tak dah 9 entri, banyak sangat KK nak cerita tau :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan