Followers !

Sabtu, 21 Februari 2015

Bertiga di Kenny Rogers Roasters !


Assalamalaikum dan Selamat Sejahtera

Semalam, sibuk sangat mengajak KK keluar sama-sama lepas kerja, kita ni kepenatan, tapi disebabkan susah nak jumpa datuk datin ni, ikutkan saja


Dengan berbekalkan baju oren ku, haha, KK melangkah, hajatnya nak makan satay, tapi harapan hancur musnah berkecai, sebab tempat makan yang KK nak makan satay tu semua ditempah meja, sebab CNY

Harapan yang tak kunjung tiba, membawa hati yang lara ini ke Kenny Rogers, konon nak cuba, sebab KK tak pernah rasa dan makan kat sini



Terasa seperti artis, sebab jaja baju kerja, oren pula tu, ahahhaah, buat apa nak malu, biasalahkan, kita kerja, cuma baju KK terlalu "menarik", haha

Si datuk ni, jarang sekali balik Kuantan, tunggu berbulan-bulan baru balik, si datin ni, baru saja sambung belajar, baru cuti semester

Makan-makan, borak-borak, gelak sakan, biasalah, jumpanya jarang sekali, bila dah bersua muka, segala macam cerita keluar


Sekejap saja, lepas dah makan, jalan-jalan pusing mall, lepas tu dah balik, sebab esoknya KK kerja, huhu

Seronok keluar dengan si Arif dan Nadiah ni, masing-masing jenis pendiam, sekali keluar "taring", haha, baru tau siapa diri yang sebenar, haha



Tiada ulasan:

Catat Ulasan