Spice of My Life

Followers !

Halaman

Rabu, 4 Februari 2015

Brunch di MYNY Cafe


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

2 hari lepas, masa KK kerja shift pagi, rasa macam nak makan lain sikit, kononnya nak tukar selera, masa tu gaji baru saja dapat, hehe


Pergilah MYNY, tiba-tiba teringat spagetti, sedap pula, haha, dalam pukul 2 tu baru rehat, gabung sekali sarapan dengan makan tenggahari

Rehat berdua dengan kawan kerja, huhu, tak jauh mana pun cafe ni, keluar saja ECM, pintu belah tepi tu, dekat dengan Parkson, terus nampak.

KK makan spagetti apa entah, lupa nama, tapi dibalut comel dengan telur tu, kawan KK makan yang ada telur mata tu


Memang sedap, air pula, Ribena longan pilihan KK dan kawan dengan Ribena laici, memang sedaplah

Nanti kalau ada duit, boleh datang sini lagi, huhu, kerja kena jimat !


2 ulasan: