Followers !

Isnin, 9 Februari 2015

Surat "cinta" dari PosLaju +_+


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Semalam, sampai rumah lepas balik dari kerja, jenguk dalam peti surat merah tu, nampak satu kertas panjang logo Pos Malaysia


Surat apa pula ni? getus hati KK, sebab tak pernah dapat, bila baca terpampang PosLaju, dan perkataan "maaf, kami tidak berjaya untuk..."

Barulah teringat, KK ada beli barang sikit dari facebook, hehe, lupa pula bila masa belinya, tup tup sampai notis dari PosLaju

Tanya mak KK, tak ada kat rumah ker masa PosLaju datang, mak cakap dia baru saja sampai kat rumah, sebab keluar, PosLaju sampai pukul 12:49 a.m, mak balik pukul 5:00 petang, hahaha

Jadi, nak ambil sendiri malas pula, jadi KK telefon 1-300-300-300 tu untuk membuat permintaan serahan kali ke-2


Bila telefon, tanya tracking number, nama penerima, no telefon dan barang KK akan dihantar buat kali ke-2, pastikan ada orang kat rumah ! haha

InsyaAllah, operator tu cakap esok barang akan sampai sebelum pukul 5, dah pesan kat mak jangan keluar rumah, nanti PosLaju nak hantar barang, hehe


2 ulasan: