Followers !

Rabu, 25 Februari 2015

Kejutan di hari lahir Farah !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Baru semalam buat kejutan yang agak tidak keterlaluan kepada kawan KK, iaitu Farah sempena ulang tahun yang ke-21


Habis kena mandi tepung, haha, tak rancang pun, tapi perkara saat akhir tak sangka menjadi, sebab petang baru beli kek


Malam tu, konon nak ajak minum kat kedai, mula-mula si Farah ni tak nak pergi, sebab penat, lepas dipaksa baru nak.

Ambil meja paling hujung, hahaa, masa dia datang, borak-borak dulu macam biasa, lama tu, kawan dari belakang jirus tepung, habis bermandi tepung



















Terkejut sekejap, haha, semua lari sebab Farah kejar, siap pegang tepung masing-masing, haha, memang kelakar

Lepas dah lebih, barulah sibuk nak makan kek bagai, lilin tak pasang, sebab angin pantai kuat sangat, haha

Mulalah sesi minta maaf semula, tapi takkan nak marah, bukan selalu mandi tepung, haha. maaf farah !


Tua dah kawan KK ni, semoga dimurahkan rezeki, dipecatkan jodoh dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan