Followers !

Selasa, 10 Mac 2015

Shift petang...


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Selepas cuti sehari, KK kembali bekerja, dan tak sangka tengok jadual semalam, KK masuk kerja shift sebelah petang.


Macam biasa, boleh bangun sedikit lewat pagi ni, tapi tak boleh nak lewat sangat, haha, sebab nak bersiap lagi,

Esok pula KK masuk kerja pagi, haha, "seronok" sangat kan, balik malam, dan esoknya masuk pagi, rasa macam nak tidur kat tempat kerja saja, haha

Dan memang rutin biasa kalau KK kerja petang, KK bawa bekal, KK pesan awal-awal kat mak sediakan bekal.

Harini bawa bekal nasi dengan lauk sotong pedas, almaklumlah, sotong memang kegemaran KK, tak kisah masak apa jenis lauk pun, hehe

Baiklah, KK dah nak pergi ni, nak bersiap, cuaca pula panas, dugaan kerja, kita harus tabah dan kuat demi mencari rezeki !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan