Spice of My Life

Followers !

Halaman

Selasa, 10 November 2015

Gadis datang melawat !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Kedai buka pukul 10, tapi ada pelanggan yang 10:30 pagi dah terjah dalam kedai, kadang-kadang roti tak siap bakar lagi, haha, sabar nya pelanggan tu tunggu


Harini tak sangka ada 2 gadis cantik datang terjah, KK memang tak perasan, sebab KK sibuk di belakang siapkan roti, sampai KK rasa "eh, macam kenal" getus hati KK

KK pun pergilah tengok, rupanya kenal sangat, haha, gadis cantik rupanya kawan KK, cikgu-cikgu taska yang datang, pagi pula tu, tak sampai pukul 11 lagi

Terus KK tanya nak makan apa, hehe, Cik Farah dengan Cik Mira ni cikgu taska sekolah, kan harini cuti, jadi saja jalan-jalan jenguk kawan katanya, terharu sangat


Jadi KK layan sekejap, sebab kerja hampir siap, lagipun awal lagi, tak ada pelanggan lain lagi, bolehlah duduk sekejap kat meja lepak dengan diaorang sekejap

Cakap sikit-sikit lama tak borak, KK sibuk kerja, masing-masing ada kerja, tak sama pula dengan kita, jadi nak bertembung pun payah

Terima kasih Cik Farah dengan Cik Mira sebab sudi melawat KK di tempat kerja, nanti jangan lupa datang lagi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan