Spice of My Life

Followers !

Halaman

13/11/2015

Lepak bersama A2 Homies !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Seronok sangat harini dapat jumpa dengan kawan masa STPM dulu, lama sangat dah tak jumpa, rindu sangat dengan mereka


Walau pun tak semua dapat berkumpul, tapi jadilah, dapat tengok muka masing-masing, ada yang makin kurus, ada yang makin berisi, haha, KK masih macam biasa

KK kerja pagi, sepatutnya balik jam 6 petang, tapi KK buat kerja lebih masa 2 jam, baliklah KK pukul 8 malam, balik kerja terus bersiap-siap


Sampai dalam jam 9 malam juga, sebab KK singgah pasar malam beli ayam goreng, haha, terus ke Teluk Chempedak, tempat yang seperti dijanjikan

Yang sampai dulu Cik Marni dan Cik Athirah, KK yang ketiga, seterusnya Cik Farah dan terakhir Danial dan Cik Aishah

KK yang baru sampai pun, dah dengar macam-macam cerita, mulut tak berenti Cik Athirah berborak dengan Cik Marni, haha, KK cuma pasang telinga sambil tunggu ahli yang lain

Macam-macam dan lagi gamat suasana, kalau gelak tu semua orang pandang, apa nak dihairankan, lantaklah apa orang nak tengok, nak berkata, kita dengan kawan, tipulah tak ketawa


Sedar tak sedar, tengok jam dah pukul 11:30 malam, tiba masa nak balik, sebab ada yang kerja esok, dan KK cuti, haha, esok jumaat kan, macam biasa

Terima kasih semua, KK tak kering gusi dibuatnya, sayang semua kawan-kawan KK, dan tipulah tak rindu kawan zaman STPM dulu, rindu sangat-sangat


Tiada ulasan:

Catat Ulasan