Followers !

Rabu, 4 November 2015

Seni Latte !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Kita ni bukan orang senang, lepak Starbuck selalu, lepak tempat-tempat yang penuh ekslusif, makan pun warung saja kan, haha


Bila kerja kat kafe ni, ada pula mesin kopi macam kat Starbuck tu, tak pasal-pasal kena belajar buat kopi, kenallah kenal kopi yang sebelum ni tak pernah minum

Barulah tahu kopi ni ada bermacam jenis, biasanya yang selalu orang beli Cappucino, Latte dan Espresso, jadilah kenalah belajar buat setiap jenis ni

Untuk latte unik sikit, ada corak kat atas tu, jadi belajarlah KK dari merangkak, haha, kita ni tak pandai, dah berpuluh kali buat, tak menjadi, entah corak tak ada rupa, haha


Kali ni agak menjadi sikit, haha, niatnya nak buat daun tu, tapi nampak macam pokok pula, bila dah menjadi ni, terus ambil gambar, lepas ni tak tahu, haha, adalah sikit nampak pokok

KK akan belajar lagi, terus menerus buat latihan, bukan senang nak lembutkan balik tangan yang dah lama tak kerja ni, haha,


1 ulasan: