Spice of My Life

Followers !

Halaman

Isnin, 2 November 2015

Melunaskan komitmen...


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

KK kerja petang, mak tak tahu, pagi-pagi buta dah ketuk pintu bilik, ada nak pecah, dia tak tahu KK kerja, ingatkan pagi, ganggu orang nak tidur saja


KK cakap yang kerja petang, terus dia diam, haha, lepas dah bangun, payah dah nak tidur, jadi KK terus bangun, tak jadi nak sambung tidur

KK fikir kalau ke bandar sekejap sempat lagi, nak bayar duit kereta dengan bil Streamyx ni, awal bulan ni elok lah bayar awal-awal


Jadi ke bandar, awal pula keluarnya, padahal masuk pukul 2 petang, lepas dah siap-siap 2 urusan, masih awal, baru pukul 1 petang, tinggal lagi satu jam sebelum masuk kerja

KK pun lepak tepi pantai seorang diri, dengan hujannya, sambil dengar radio dalam kereta, haha, layan seorang diri, haha

Agak-agak jam dah 1:45 petang, teruslah ke tempat kerja, masuk kerja macam biasa, hehe, dan mulakan tugas


Tiada ulasan:

Catat Ulasan