Spice of My Life

Followers !

Halaman

Rabu, 11 November 2015

Makan malam di Terminal Satay Zul !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Teringin pula nak makan satay tekak ni, dua tiga hari ni teringat ke satay, macam-macam tekak ni, duit kalau banyak tak apa, ni cukup-cukup saja, haha


Jadi, tak usah difikir, tak usah digusar, apa kata kita makan juga, haha, jangan berkira bab makan, tak elok, insyaAllah rezeki akan datang yang lain

Memang dah rancang nak keluar ramai-ramai, saja dah lama tak lepak, kawan zaman sekolah masa SPM dulu, hehe


Siap tempah lagi, almaklumlah, musim cuti ni memang ramai orang, jadi kalau tak nak menunggu, baik kita tempah awal-awal, hehe

Terima kasih Cik Hanie sebab sudi tempah, kalau tak tempah, alamatnya kena tunggu orang lain makan dulu, lambat pula nanti

Harini berlima, penuh satu kereta, masuk saja, terus bercerita, mungkin dah lama mulut gatal peram cerita, bila jumpa habis buku kamus 387 mukasurat, haha

 

KK pesan nasi lemak ayam, Cik Hanie dengan mee kari, Cik Nadiah dengan nasi goreng kampung, Arif dengan pulut mangga dan Cik Nik nak makan satay saja

Wuhooo, penantian yang berbaloi, sedap sangat penangan satay Zul ni, kalau kat Kuantan memang terkenal sangat, sebut saja pasti tahu


Ayam sangat lembut, tak lupa juga daging, lembut dan sedikit kenyal, sangat sedap, memang tak rugi kalau singgah sini

Lagi sedap sebab ada orang belanja, Ya Allah, murahnya rezeki KK, Cik Hanie bayar kali ni, syukurnya, semoga Cik Hanie dimurahkan rezeki lagi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan