Spice of My Life

Followers !

Halaman

Sabtu, 7 November 2015

Makan di East Coast Buffet Steamboat Restaurant


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Malam semalam, KK bersama Arif  makan steamboat lagi, haha, tiap minggu makan steamboat, tebal sangat poketnya, haha, sekali sekala bolehlah


KK ni kalau berteman bolehlah nak makan macam ni, baru seronok kan, kalau seorang diri, tidaklah nak makan, haha, beli bungkus saja, balik makan kat rumah


Kalau si Arif ni ada, tiap kali KK cuti mesti ajak keluar, satu-satunya kawan lelaki KK paling rapat, dengan dia mesti tak berhenti mulut bercakap

Kira makan besar juga, lepas ni dia balik KL, sambung belajar tak adanya KK nak makan macam ni, keluar ke bandar pun tidak, kalau ada hal penting baru keluar

Kat sini makan sekali grill, RM 28 seorang dewasa, kalau steamboat saja, hanya RM 22, tapi lagi best ada grill, boleh bakar-bakar, baru sedap sikit


Banyak pilihan dari segi ayam, daging, sotong dan sebagainya, kalau steamboat pun banyak, macam-macam ada, pilih saja dan grill, hehe

Adalah 2-3 kali tambah, makan, bagi hadam kejap, lepas tu sambung balik, haha, memang tak putus makan, makan apa saja sampai kenyang, janji jangan membazir

Lepas dah kenyang makan, ambil masa kejap makan pencuci mulut, aiskrim ! ambil sendiri, jadi ceduklah banyak mana pun, ikut suka

  

3 jam juga disini, rasa dah tak larat, panggil tuan kedai nak bayar, mulalah, nak bangun tu rasa punggung melekat pada kerusi, haha, teruk sangat dah

Balik, penat sangat sebab makan terus tidur, mata mengantuk, dengan esoknya kerja, jadi lepas mandi terus tak sedarkan diri, haha


Tiada ulasan:

Catat Ulasan