Spice of My Life

Followers !

Halaman

Isnin, 16 November 2015

Kawan datang melawat !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sejak dua menjak ni ramai saja kawan KK datang melawat, almaklumlah, kedai baru kan, orang semua nak mencuba, hehe


Harini 2 kawan perempuan KK datang, seorang mak buyung (belakang), haha, seorang lagi anak dara orang (depan), mak buyung tu dah 3 bulan khabarnya, hehe

Yang tudung merah jambu tu entah bila, mulut cakap nak kahwin, calon pun tak ada, insyaAllah KK doa dipermudahkan

Lama juga lah bersembang, dah lama kan tak jumpa, lagi-lagi mak buyung tu, sejak kahwin ikut suami tinggal di KL, nak balik sini payah sekali

KK dapat duduk semeja sebab tiada pelanggan, kadang-kadang saja ada, tapi tak lama pun, lepas tu sambung balik bergosip, haha

Terima kasih mak buyung dan Cik Erni sebab sudi melawat KK kat tempat kerja, maaflah kalau tiada masa nak keluar sama-sama, insyaAllah kalau ada masa, KK akan usahakan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan