Followers !

Ahad, 1 November 2015

Selamat Datang November !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Nak habis tahun dah, sekejap saja masa berjalan, sedar tak sedar, dah bulan 11 kan, memang sangat tak sangka masa berlalu, macam air


Begitulah kehidupan kan, masa memang tak boleh diundur, yang berlalu jadi kenangan, yang akan datang itu masa depan, paling misteri, kita sendiri tidak tahu masa depan kita macam mana

Seperti semua tahu, kalau ada yang tak tahu, KK nak beritahu juga, haha, KK sebenarnya telah mulakan kehidupan baru iaitu dari segi kerjaya

Setelah 1 tahun 5 bulan menabur bakti, tiba masa KK untuk bertukar angin, tetapi bidang yang sama cuma tempat yang berlainan

Masuk hari ini, sudah 11 hari KK bekerja di tempat baru, alhamdulillah, setakat ni masih sesi menyesuaikan diri lagi, insyaAllah lama-lama akan biasa


Harapnya kali ni kekal, haha, entahlah, sebab kita tak tahu masa depan kan, tapi KK berharap semua yang terbaik untuk diri KK dulu sebelum yang lain

Apapun, harapnya November memberi seribu satu misteri, Oktober sudah menjadi kenangan, biarkan berlalu yang sudah, pastikan November akan mengukirkan senyuman di setiap saat dalam kehidupan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan