Followers !

Jumaat, 30 Oktober 2015

Makan besar di Dee Roffa Buffet Steamboat & Grill


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sekali sekala bolehlah nak makan besar sikit, kalau seminggu sekali, makan pasir hujung bulan, haha, jadi kalau gaji kecil macam KK, kena berpada-pada


Si Arif lah yang lama sangat nak makan ketam, jadi KK cadangkan kita cuba makan steamboat, biasanya ada, dan alhamdulillah, memang ada ketam, suka sangat dia

KK sampai awal, sebab dah dari bandar, pukul 7:30 dah sampai, terus cari tempat, hehe, nampak sangat laparnya

 

Kali ke-2 KK ke Dee Roffa, dulu masa pertama kali dengan Cik Nadiah, kali ni dengan Arif pula, sibuk sangat dengan ketam, tak habis dengan ketam, harini saja ada dalam 40 kali sebut ketam

Dengan hujan lebatnya harini, dari pagi tadi lebat hujan, sampai ke malam hujan, sejuk seharian, moga-moga boleh surut sikit jerebu



Melantak sampai kenyang, mana-mana konsep steamboat yang sama saja, jadi makan apa saja, jangan tak bayar sudah, haha

Alhamdulillah, KK dah berenti makan, tapi si Arif ni tak berhenti makan ketam, memang pelahap dia ni, haha

KK makan 2 mangkuk steamboat, ayam 6 ketul, air 2 gelas dah kenyang, dia boleh sambung ambil ketam lagi 4 ekor, habis pula tu, memang dasyat, tak padan dengan badan kecil


Memang puas hati makan, kiranya RM 25 tu memang berbaloi kalau yang jenis makan banyak, haha, KK rasa dah makan banyak, tapi si Arif lagi banyak 2 kali ganda dari KK

Terima kasih sebab teman KK makan, bulan depan si Arif ni nak balik semula sambung pengajian, tahun depan nak habis dah, hehe, insyaAllah, semoga dipermudahkan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan