Spice of My Life

Followers !

Halaman

Rabu, 7 Oktober 2015

Sesi meleburkan duit...


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Bila dah ada komitmen ni, tipulah kita ni senang nak membeli belah, pasti kita utamakan dulu komitmen kita tiap bulan, bab membeli tu kemudian tak apa


Begitulah juga KK, bila dah kita ni berhutang, pandai-pandai lah membayar, mana boleh nak biar macam tu, nanti tak pasal menjawab di padang Mashyar

Perkara pertama KK akan buat, bayar kereta, perkara wajib setiap bulan, tapi kali ni KK bayar sendiri, sebab sebelum ni ayah tolong bayar, haha, sebelum ni bagi duit, ayah tolong bayarkan


Tapi bulan ni nak belajar, ayah pun ajarlah, satu persatu, barulah tahu, lepas ni senang, tak perlu susahkan dia, dah besar kan, KK boleh buat

Perkara kedua dan ketiga, KK akan bayar bil telefon dan bil Streamyx setiap bulan, memang wajib, kalau tak, tak bernafas KK, tak ada wifi, haha

Lepas dah lunas bayar ketiga-tiga perkara tersebut, barulah boleh fikir pasal perkara lain, selagi tak lunas, tak boleh fikir, haha, lunaskan satu persatu

Begitulah KK tiap bulan, sesi meleburkan duit, haha, KK pasti setiap orang lain komitmennya, tapi pasti tidak lari dari konsep meleburkan duit, haha


1 ulasan:

  1. itu biasa bagi semua orang yang dah pegang duit sendiri dan ada komitmen... hujung bulan, hutang dulu settle...lebih baru boleh belanja...

    BalasPadam