Followers !

Khamis, 15 Oktober 2015

Demam dah kebah sikit


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Ya Allah, betullah sakit itu penghapus dosa kecil, banyak sangat dosa KK ni, sampai demam tak bangun terus, badan memang panas sangat


KK semalam tidur tak lena, gelisah, nak selimut, panas pula, tak selimut sejuk, dari pakai stoking, cabut stoking, kipas nak pasang sejuk, tutup panas, serba tak kena

KK jarang nak demam macam ni, memang sah jangkit dari adik ni, memang teruk, tekak ni pahit saja, makan apa tak rasa dengan tak ada selera, minum air masak pun rasa pahit

Mak bagi makan ubat, dan mak basuh kepala dengan air, sejuk sikit, sambil urut-urut kepala, KK memang tak boleh angkat kepala, sebab pening sangat

Petang tadi dah baik sikit, siap makan nasi sebab lapar, haha, baru boleh mandi, barulah boleh belek telefon, seharian tak buka, orang telefon ke apa memang tak angkat, haha

Alhamdulillah, harap esok dah sembuh sepenuhnya, insyaAllah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan