Spice of My Life

Followers !

Halaman

Khamis, 29 Oktober 2015

Lepak dengan Arif


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Harini KK balik awal, sebab tak ada kerja sudah, jadi pengurus KK beri pelepasan untuk balik, hehe, jadi pukul 6 dah balik


Dari semalam ajak Arif keluar, nak keluar jalan-jalan saja, lepak-lepak sebab dah lama tak bergosip dengan si Arif ni, hehe

Pukul 8:30 dah keluar, pergi bandar kejap, KK nak cari apron untuk kerja, hari-hari pakai apron bunga mak, jadi mat bunga KK kat tempat kerja, haha

Dapatlah apron yang di cari, warna hitam, jadi kedai pun dah nak tutup, sebelum dihalau, baik kita pergi bayar, hehe


Terus ke Teluk Chempedak, nak cari makanan, kalau si Arif ni tak habis-habis dengan KFC, ikutkan saja turutnya, layan jelah

Lepas dah siap makan, borak tepi pantai sampai pukul 12:30 malam, malam kat sini memang hidup, ramai sangat orang, penuh anak muda

Dah bosan kat TC, ajak Arif ke Akar Kopi pula, KK suka kopi kat sini sebab pekat dan rasa tu lain, kiranya memang kena dengan konsep akar kopi tu


Tiba-tiba hujan, terus balik, tak tunggu dah, masa hala balik memang hujan lebat sangat, sampai rumah pukul 2 pagi, haha, mak semua dah tidur

Esok KK cuti, hehe, esok banyaknya urusan nak kena uruskan, pening kepala, harap KK kuat ! sebab banyak tempat nak singgah pula tu


Tiada ulasan:

Catat Ulasan