Followers !

Rabu, 7 Oktober 2015

Steamboat di Aniq Steamboat !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Malam ni makan besar sikit, hehe, tak adalah makan besar pun, cuma ramai-ramai makan steamboat, lama dah KK tak makan steamboat, datang teringin tu pula


Bertempat di Aniq Steamboat, memang terkenal sangat tempat ni, salah satu tempat makan yang diviralkan di group Warga Kuantan dan menjadi fenomena

Memang ramai, tak sempat nak ambil gambar, sebab orang ramai sangat, penuh kedai, sampai ada yang tunggu tadi, Ya Allah, murahnya rezeki tuan kedai


Ramai harini berhimpun, adalah dalam 12 orang, memang ramai, semua kawan KK, meriah sangat kalau makan steamboat ramai-ramai, gamat suasana jadinya

Makan sampai kenyang, konsep steamboat kalau kat mana-mana memang macam tu, hehe, memang sampai penuh perut, alhamdulillah, rezeki Allah

Kalau nak tahu tempatnya, berhadapan Giant Kuantan, kawasan Medan Warisan lama, senang kata belakang Klinik Sulaiman tu, memang nampak, meriah kalau lalu


Dari segi makanan, semua baik, pilihan makanan yang banyak, siap ada ABC dengan aiskrim Malaysia lagi, pilihan air pun banyak, memang terbaik !

Sedikit komen KK, tempat agak sempit, sebenarnya luas, tapi banyak sangat meja, kita nak lalu lalng pun susah, KK faham tuan kedai nak perbanyakkan meja, tapi kalau dah sampai orang lalu belakang pun tersepak kerusi kita, ruang rapat sangat, harap perbaiki susunan meja


Yang lain semua terbaik, staff pun mesra, 10 kali minta sup pun tetap senyum, minta tolong ambil gambar pun baik, sporting sangat, mesra pelanggan semua ! terima kasih Aniq Steamboat

Tak lupa kawan-kawan KK yang sudi luangkan masa bersama KK, nanti kalau ada masa, kita lepak lagi sama-sama, meriah sangat malam ni, hehe




Tiada ulasan:

Catat Ulasan