Followers !

Rabu, 14 Oktober 2015

Demam


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

2-3 hari lepas rumah KK adik yang demam, sampai tak pergi sekolah si adik tu, tapi baru saja harini dan kebah, dan nampak sihat


Senang saja nak tahu si kecil tu dah baik, kalau mulut dia banyak bercakap, tanya tak berhenti, itu maknanya dah sihat, haha, kalau tak memang langsung tak berbunyi

Tak pasal-pasal KK pula petang tadi rasa pening, lain macam, duduk saja, minta dengan mak ubat demam, dah makan, tapi bila malam, datang sejuk pula

Habis berstoking KK, pakai baju sejuka, badan jadi panas, ni mesti berjangkit dengan adik, kita yang jaga dia, kita pula yang demam, haha, redha

Dah makan ubat tadi, tunggu nak tidur saja, harap esok demam kebah, sebab esok KK nak melawat orang di hospital, kawan KK kena demam denggi

Harap esok sembuh, insyaAllah dengan Izinnya...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan