Followers !

Selasa, 20 Oktober 2015

Sesi membungkus hadiah #


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Hari Sabtu ni akan ada satu majlis perkahwinan salah seorang kawan KK, seronok tengok orang semua nak kahwin, kita saja yang tak ada calon, haha


Bakal menamatkan zaman bujang, lepas ni nak jadi bini orang, jadi melangkah ke satu tahap kehidupan yang lebih besar, iaitu membina keluarga

Kita pula yang terlebih gembira, siap awal lagi beli hadiah, dah siap bungkus, dah siap letak dalam kereta, haha, nampak tak terlebih semangat kat situ, haha

Begitulah KK kalau kawan-kawan yang kahwin, kita pula jadi seronok nak makan nasi minyak, tak sabar tau, memang rasa lain yang dijual dikedai, lagi-lagi air sirap limau orang kahwin, hehe



Tukang bungkus si Arif, lama tak buli si Arif ni, jadi kita jadi tukang tengok, haha, lepas dah siap bungkus, buat pula kad ucapan, si Arif juga, kita ni tangan tak berseni, haha

Siap, model tak berbayar pun sekali masuk, satu penganugerahan KK bagi, sebab KK memang nak pergi berdua dengan si Arif, nak bawa buah hati, kita tak ada, bawalah kawan, haha


Tiada ulasan:

Catat Ulasan