Followers !

Jumaat, 9 Oktober 2015

Kali ke-3


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Akibat dari keganasan dan sikap leka KK, tempered glass telefon ni selalu sangat retak, pakai tak sampai seminggu, terlanggarlah, jatuhlah, mangsanya tempered glass tu, haha


Masuk kali ni, sudah kali ke-3 KK tukar, dari mula-mula KK beli telefon, terus pasang, lama tu langgar mejalah, jatuh, penuh nampak garisan retak pada skrin tu


KK pun beli yang privacy (kiri), hitam punya, memang tak nampak kalau orang nak tengok dari tepi, gelap gelita, haha, yang ni tebal sikit, tak tahan juga, sampai bucu-bucu pecah, bahaya kan sebab kaca, jadi KK putuskan nak tukar baru

Harini hari bersejarah, haha, KK tukar yang baru (kanan), biasa punya, nipis sikit, barulah nampak betapa cerahnya skrin telefon tu, sebab sebelum ni pakai yang privacy

Tengoklah berapa lama tahan, haha, selama setahun lebih KK pakai telefon ni, dah 3 kali tukar, lebih baik retak tempered glass, dari retak skrin, ratus ringgit, tempered baru RM 10, siapa tak sayang telefon kan, nak beli bukan senang, tabung habis korek, haha


Tiada ulasan:

Catat Ulasan