Followers !

Ahad, 11 Oktober 2015

Secara rasmi 21 tahun !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Illahi, sudah cukup 21 tahun KK hidup di muka bumi Allah ini, secara rasminya dengan tanggal 12 Oktober setiap tahun, meningkat setahun lagi umur KK


Hehe, tua dah kan, haha, tak lah, muda lagi, kalau orang dulu, dah anak 4-5 orang dah, haha, mak selalu cakap macam tu kat KK, boleh dah nak kahwin tu, haha

Alhamdulillah, menjangkau umur yang boleh dikira matang, KK harap perangai dan peribadi KK juga seiring dengan umur yang sudah mencecah 21 tahun, kena matang !

Kalau tak, macam budak-budak, tak sedar diri lagi KK ni, harapnya lepas ni dapat berubah ke arah kebaikan, dan buat penambahbaikan dalam diri KK


Banyak lagi pencapaian hidup KK yang belum dicapai, nak sambung belajar pun tak ada rezeki, tak apa, mungkin bukan rezeki KK untuk sambung, Allah tahu yang terbaik untuk umatnya

Syukur ke hadrat Illahi, selama KK hidup 21 tahun, KK membesar dengan baik, atas jagaan mak dan ayah KK, sampai besar macam sekarang, cukup makan pakai KK selama ni

Terima kasih kepada semua, terutama rakan-rakan KK, yang selama ni sudi berkawan dengan KK, yang kadang-kadang mulut mengalahkan perempuan, haha

Tak lupa pembaca setia blog KK, apa yang KK merapu, selalu saja baca, siap ada yang komen lagi, hehe, terima kasih atas semua sokongan dalam KK berblog selama ni

Selamat Hari Tua untuk KK ! sudah 21 tahun !


2 ulasan: