Followers !

Sabtu, 10 Oktober 2015

Kisah temuduga semalam...


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Lupa nak cerita kan, hehe, patutnya cerita semalam, tapi disebabkan lupa, terpaksa cerita balik kisah yang nak basi ni, haha


Semalam KK menghadiri satu temuduga untuk jawatan penyelia operasi, temuduga dijalankan di tempat kerja tu, pukul 4 petang

KK ni tak tahu tempat, jadi pukul 3 dah bertolak dari rumah, jika diikutkan Waze, yang kadang-kadang menipu, haha, cuma 18 minit dari rumah, tapi risau sesat, bertolak awal

Tak dijangka, KK jangka sampai pukul 3:30 p.m, tapi 3:15 p.m dan sampai, hehe, laju juga KK bawa kereta, risaunya sesat, tetapi jumpa juga, KK pun tunggu

Dah janji pukul 4, jadi KK tunggu, tunggu punya tunggu, sampai pukul 3:45p.m, rasanya dah boleh ni, awal 15 minit, terus jalan kaki, sampailah


KK terus masuk, dan terus ditemuduga, cakap punya cakap, temuduga kedai dobi, jadi, segala hal pasal dobi, sabun, cuci, timbang, semua diterangkan, bidang yang sangat jauh dengan KK

Adalah dalam 25 minit sesi temuduga berjalan, dan kalau KK dapat, akan dimaklumkan seminggu sebelum bulan November, sebab kemasukan bulan 11, lambat lagi

KK ingatkan kemasukan segera, jadi terpaksa tunggu, jadi KK tak berharap, sebab rasanya ramai lagi persaingan yang lebih baik dari KK, positifkan diri itu perlu, jadi KK tak berharap sangat

InsyaAllah, jika ada peluang yang lebih baik, KK akan pertimbangkan, jadi KK masih mencari peluang lain, harapnya tak lama nak menganggur di rumah, sebab KK bosan dah !


2 ulasan: