Spice of My Life

Followers !

Halaman

Khamis, 31 Disember 2015

31 Disember 2015 !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Lagi beberapa minit kita akan menyambut tahun baru, tak sangka kan tahun demi tahun berlalu, masa begitu cepat meninggalkan kita di belakang


Esok dah 1/1/2016, masuk bulan baru, umur pun baru, haha, KK dah tua, tak lagi 19, sudah tua, esok dah masuk 22 tahun, kalau orang dulu dah 2-3 anak dah, haha

KK sibuk sikit hari ni, banyak tempahan kek, jadi dari pagi sampai ke malam kerja, ni pun baru balik, esok kerja pagi, sampai malam

Esok gaji, haha, tak sabar nak pegang duit ni, hehe, banyak komitmen perlu diselesaikan, biasalah dah besar ni, macam-macam kena bayar

Kereta tu tak lama dah nak kena servis, sikit lagi nak sampai kilometer yang ditetapkan, nanti kena buat temujanji, baru boleh pergi servis


Apalah KK ni membebel akhir tahun, haha, tak pergi sambut tahun baru macam orang pun, mereput kat rumah saja, sebab esok kerja, haha

Walau apapun, Selamat Menyambut Tahun baru 2016, tak berazam sangat pun, cuma harap dapat bahagiakan mak ayah selama mereka masih hidup, satu lagi nak kurus, haha



Tiada ulasan:

Catat Ulasan