Spice of My Life

Followers !

Halaman

Khamis, 17 Disember 2015

Kucing Manja


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

KK ni memang suka sangat dengan kucing, segala jenis kucing semua suka, pantang nampak kucing mesti nak pegang


Kat tempat kerja KK ni, ada seekor kucing, selalu datang dan tidur atas kerusi, pagi-pagi tu memang dah ada tunggu depan kedai

Sampaikan KK beli stok makanan kat dia, dan kucing ni sangat manja, mula-mula tak kenal orang, lama-lama, hari-hari dia pun dah kenal

Suka duduk atas riba orang, kalau gosok sikit mesti nak tidur, setakat ni tak pernah lagi cakar KK, haha, KK pun tak minta dicakar


Kucing ni jinak, kalau anak majikan KK datang, suka sangat budak-budak tu dengan kucing ni, paling kelakar, budak-budak ni bagi nama Manja, hehe, lucu sangat

Kucing ni memang haiwan yang manja, suka dibelai, diberi perhatian, tapi kadang kita sibuk dengan kerja, tengok pun lebih kurang saja

Nak bela di rumah, mak pula tak bagi, dah lama sangat dah KK nak bela kucing, tapi itulah, kalau dah cakap tak boleh, jangan harap, bela kat tempat kerja sajalah, hehe,


Tiada ulasan:

Catat Ulasan