Followers !

Selasa, 15 Disember 2015

Walimatul Urus Nurul Shahirah & Abdul Latif !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Baru berkesempatan nak membebel pasal kahwin orang, malam ni rasa semangat sikit nak menulis, kalau tak penat tak habis-habis


Ceritanya hari Ahad lepas, KK ni bridemaid, kalau yang masih tak tahu, dan satu-satunya bridemaid lelaki, hehe, istimewa tak?




Pukul 11 tu dah mula sibuk, pengantin baru nak mekap, kami semua siapkan meja makan pengantin, sebab lauk dah siap masak.

Pasang kek yang 3 tingkat tu, kek pun dah cair krimnya, sebab panas kan, tapi pagi tu hujan, tapi tak lama, nasiblah pelamin tinggi, kalau tak kebanjiran

Sampailah tetamu mula datang jam 12 tenggahari, dan waktu kemuncak jam 2 petang, memang ramai sangat, penuh meja dengan tetamu



Masa itulah kawan-kawan KK datang serentak, kawan kerja pun datang, tak tahu nak layan mana satu, sampai suruh makan dulu, berkejar-kejar KK

Berpeluh jangan cakap, sebab pakai bowtie, memang kancing butang sampai atas, panas sangat, tahan saja demi pengantin, memang sedia pakai 2 lapis baju

Sampai jam 4, semua tetamu dah tiada, siap kemas-kemas meja, tugas bridemaid nak bergambar outdoor pula, ikutkan saja, badan dah rasa penat




Photoshoot outdoor sampai pukul 6 baru balik, muka semua dah kecairan mekap, KK tak bermaya seharian di majlis, memang tak larat, penat sangat

Tapi itulah, demi kawan kita, tak kisah tu semua, bukan setahun sekali, seumur hidup sekali, apa salahnya berkorban sikit, nanti giliran kita, dia pula berkorban, hehe


KK nak ucapkan selamat pengantin baru buat sahabat dari kecil KK, Puan Shahira atau panggilan manja Era, semoga menjadi isteri yang baik, isteri yang solehah disamping suami yang tercinta, terima segala kekurangan yang ada dan sentiasa mentaati suami

Kami semua sahabat akan selalu mendoakan kebahagian awak suami isteri sentiasa dilimpahi rezeki dan sentiasa dirahmati oleh Allah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan