Spice of My Life

Followers !

Halaman

Jumaat, 25 Disember 2015

Teman mak seharian


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Harini KK cuti, jadi ambil masa sikit luangkan masa untuk mak, lama tak tak melayan karenah mak kita seorang ni


Patutnya KK ada perancangan nak keluar dengan Arif harini, tapi tak apalah, KK mesej Arif lewatkan sedikit masa

Keluarlah dengan mak, nak ambil cermin mata si kecil tu, adik KK buat cermin mata baru, suka sangat dia, sibuk bercerita pasal cermin mata dia dari rumah sampai kedai, penat telinga, haha

 

Lepas dah ambil cermin mata pakai terus, pergi pula terjah Pasaraya Jaya Gading, nak beli barang basah, mak nak buat sup, belilah tulang ayam

Balik saja, terus singgah ambil Arif, dia cakap tak nak keluar pula, nak lepak-lepak kat pantai saja, depan rumah KK ada pantai tau, hehe


Bila lama tak sembang dengan mak, banyak pula perkara yang keluar dari mulut, membebel saja, apakan daya, dengar jelah, akibat lama tak berborak dengan mak

Itulah mak kita kan, mak ada satu saja, tiada pengganti, jadi jagalah mak kita elok-elok sementara dia masih ada, sayangi mak kita, hari-hari hari Ibu !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan