Followers !

Khamis, 10 Disember 2015

Bow Tie buat sendiri :)


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Hari Ahad ni KK cuti, patutnya esok, tapi KK minta tukar, sebab ada majlis besar, kawan dari kecil nak menamatkan zaman bujangnya


Tak pasal-pasal kena jadi bridemaids, haha, ingat perempuan saja boleh? lelaki pun boleh tau, hehe, jadi bidan terjun sebab kawan kita tolong

Bridemaid lain semua bertudung, sebab KK seorang saja lelaki, jadi kita pakai bowtie lah untuk kelainan, lagi satu bowtie warna-warni susah nak cari

Kita mencari jalan alternatif dengan sedikit kreativiti, buat sendiri, beli kain, jahit dan siap, hehe, yang KK buat ni, guna kain anak tudung, KK beli RM 1.80


Balik rumah, gunting dan jahit sikit, lipat-lipat dah siap, yang KK buat mula-mula besar, mak cakap kecilkan sikit, malu nanti nak pakai kat majlis orang'

KK buat semula, nasib lah ada kain lebih sikit, buat dapatlah kecil, mak cakap baru saiz tu sesuai, tak lah nampak keterlaluan, hehe

Tak sabar nak tunggu Ahad ni, hehe, orang lain yang nak kahwin, kita pula yang terlebih gembira, hehe, tak sabar nak tengok kawan naik pelamin


Tiada ulasan:

Catat Ulasan