Spice of My Life

Followers !

Halaman

Sabtu, 26 Disember 2015

Jalan-jalan di pantai...


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

2 hari lepas, masa KK ada keluar dengan mak KK, ada KK ceritakan pasal Arif nak berjalan-jalan di pantai katanya, tak nak lepak di bandar, nak ambil angin


Mangsanya KK, kena ikut dia berjalan dari hujung ke hujung, jauh tu, penatnya KK berjalan, lenguh kaki ni, rasa kebas, lama sangat tak jalan jauh

Sambil nak sampai tu, sibuk bergambar, nak hilangkan penat, kalau asyik berjalan saja, penat, tambah lagi tiupan angin yang sangat sejuk


Lama juga berjalan, sebab nak sampai ke bahagian pantai yang berbatu-batu tu, itulah istimewanya kawasan rumah KK, memang dekat dengan pantai, jalan kaki saja

Akhirnya sampai, cepat-cepat cari tempat duduk, lenguh sangat kaki KK ni, haha, inilah akibat dah lama tak berjalan jauh, dah macam orang tua



Tempat ni memang cantik, sebab kawasan yang berbatu-batu, batu besar-besar lagi, memang tempat orang ambil gambar, buat filem kat sini, jauh sikit dari rumah KK, tapi kalau jalan kaki sampai

Begitulah kisah orang kena paksa, haha, penat-penat pun terbayar dengan suasana yang nyaman, deruan ombak yang sangat cantik dan melihat keindahan yang maha-Esa


Tiada ulasan:

Catat Ulasan