Spice of My Life

Followers !

Halaman

Selasa, 27 Februari 2018

Al-Fatihah


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

KK nak bercerita kisah nasi goreng, cuba tengok nasi goreng tu, tenung lama-lama cuma jangan sampai juling, hahaha, nampak tak apa yang istimewa?


Sebenarnya tak ada apa yang menarik pun, nasi goreng kampung saja, cumanya ada kisah disebalik nasi goreng kampung tu yang buat KK terusik

Sebelah kedai KK kerja ni ada kedai makan, suami isteri meniaga, masakan panas dengan gorengan, KK ni pertama kali beli kat kedai sebelah ni, pesanlah nasi goreng

Kiranya baru pertama kali berkenalan dengan jiran sebelah, baik pakcik makcik ni, siap tolong hantar lagi kat kedai KK kerja, almaklumlah, berjiran kan, hehe

KK baru jumpa sekali, tak sangka, mungkin  Allah lebih sayangkan pakcik tu, meninggal hari Sabtu lepas, innalillahwainnalillahirojiun, tak sangka KK sebab nampak sihat saja, rupanya sakit dah lama

KK dapat info dari pakcik yang jaga parking ni, dia yang beritahu, sebulan lebih juga tutup, kesian kat makcik tu, lepas ni tak tahulah dengan siapa dia nak berniaga kan

Takziah, Al- Fatihah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan