Spice of My Life

Followers !

Halaman

Rabu, 21 Februari 2018

Vanity Mirror DIY bajet bawah RM 40 !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Kalau ada yang teringat, KK ada laksanakan projek baru, dan alhamdulillah projek tu dah siap pun, KK pun dah guna


Inilah dia vanity mirror, cermin alah ni kalau beli yang dah siap pun paling murah mencecah RM 150 sehingga RM 200 mengikut saiz kan, agak mahal


KK ni susah sikit nak keluarkan modal dengan banyak macam tu, jadi KK ambil inisiatif dengan buat sendiri, dan semua barang-barang beli di Eco Shop @ RM 2

Kalau kat rumah ada kedai Eco atau kedai RM 2 tu, pergila tengok-tengok mentol, cermin, bateri dan lain-lain, mana tahu boleh dapat buat vanity mirror macam KK


Lampu yang menyala tu tanpa pendawaian elektik sebab mentol tu guna kuasa bateri, jadi selamatlah, tak risau terkena kejutan eletrik nanti, hehehe

Selamat mencuba semua ☺

Tiada ulasan:

Catat Ulasan