Followers !

Jumaat, 14 November 2014

Demam + Batuk


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sekarang memang musim hujan kan, kat Kuantan memang selalu hujan, kadang-kadang lepas Subuh tu dah hujan.


Dah beberapa kali KK pergi kerja dalam keadaan hujan, redah saja, sebab kalau tunggu, pukul berapa nak sampai pula.

Pagi tadi hujan, memang lena tidur, ditambah pula hari cuti, hehe, memang seronok.

Bangun saja dah rasa badan panas, ditambah pula batuk, lepas dah siap mandi semua, terus makan ubat batuk

Petang tadi, lepas makan ubat batuk, mengantuk sangat, akhirnya tidur, sedar-sedar pukul 6 petang, nasib tak Maghrib lagi.

Lepas Maghrib, dah makan semua, makan pula ubat demam, harap surut sebab esok dah kerja, KK kena sihat dan kuat !

#harap kebah demam ni


Tiada ulasan:

Catat Ulasan