Spice of My Life

Followers !

Halaman

Ahad, 23 November 2014

Rindu dengan mereka !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

KK nak perkenalkan 2 rakan kerja KK, sebelah KK tu, Nisa, dan yang belakang tu Kak Ani.


Kenapa nak rindu sangat, hari-hari jumpa kan? Tak juga, kadang-kadang cuti, sebab tu tak jumpa.

Nisa ni, esok dah cuti, bukan sehari, bukan 2 hari, tapi 4 hari ! haha, deret cuti 4 hari terus, nampak sangat macam balas dendam, haha


Kak Ani ni pula, dah 6 hari tak jumpa, tak tahu kenapa, KK kerja, Kak Ani cuti, KK cuti, Kak Ani kerja pula, tak ada jodoh sangat.

Harini baru jumpa, 6 hari tak jumpa, sunyi bakeri, kalau ada Kak Ani, memang riuh sangat, mulut tak boleh diam, hehe

Kisah Nisa ni, kerja memang laju, pandai buat kerja, kalau dia tengah buat kerja, jangan harap nak ajak bergurau atau bercakap, memang tak dilayan, hehe

KK suka dan selesa bekerja dengan Kak Ani dan Nisa, dua-dua jenis tak kisah dan selamber dalam bekerja :)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan